crazy things i used to do
and all the pain i put you through
mama now i'm here for you
for all the times i made you cry
the days i told you lies
now it's time for you to rise
for all the things you sacrificed
Usratty= "keluargaku"
AKHLAK RASULULLAH SAW ( SENYUM)
Bagaimana ekspresi Rasulullah SAW setiap masa?
Baginda Nabi Muhammad SAW merupakan insan yang sentiasa tersenyum kepada sahabat- sahabatnya . Baginda takkan berkata-kata tanpa senyuman. Begitulah kehidupan Nabi SAW .
- Ceriakan Dunia nescaya ia akan turut ceriakanmu..
- Ianya adalah merupakan satu ikutan, bukan sekadar sebuah perumpamaan..
Di riwayatkan bahawa Rasulullah SAW jika tersenyum , akan bersinarlah keseluruhan dinding..bermaksud bahawa cahaya daripada wajah baginda junjungan besar Nabi Muhammad SAW bersinar keseluruh dinding dinding yang mengelilingi baginda SAW.
Manakala ada juga yang menggambarkan junjungan besar nabi kita itu jika gembira, seolah-olah matahari dan bulan beredar disekeliling dahi baginda SAW. Inilah sebuah gambaran yang indah kepada matahari dan bulan yang menunjukkan kepada cahaya baginda yang bersinar,menenangkan dan penuh kerahmatan dengan senyuman lembut baginda nabi SAW.
Perkara yang indah tentang kehidupan baginda SAW adalah baginda sentiasa tersenyum iaitu pada kebanyakan waktu..baginda SAW akan sentiasa tersenyum sehinggakan ada para sahabat berkata kepada Jarir RA: "Semenjak aku memeluk islam, Rasulullah SAW tak pernah membelakangkan aku" ."Dan Baginda tak pernah melihatku melainkan baginda sedang tersenyum" ini adalah fenomena yang luar biasa.Bagaimana seorang insan yang anda kenali dan bergaul denganya bertahun-tahun lamanya dan tak mungkin baginda melihat anda atau ketika anda berjumpanya,wajahnya sentiasa mengukir senyuman.
Kelebihan senyuman:
- senyuman memberi kelebihan kepada badan dan minda.
- ia mengurangkan risiko tekanan darah tinggi..dan pelbagai masaalah jantung
- Ia membawa kepada anda suatu perubahan.
-SENYUMAN MEMBAWA SUATU PERUBAHAN KEPADA ANDA.
-SENYUMAN MENAMBAH KEYAKINAN DIRI
-SENYUMAN MEMUPUK KREATIVITI
Sekarang cuba bayangkan jika anda terserempak dengan seseorang yang sedang keluar dari rumahnya dan dia bermasam muka kepada anda.kemudian anda ke pejabat dan terserempak dengan seorang pegawai sedang bermasam muka. ketika berjalan anda terjumpa seseorang yang bermasam muka. Apakah agaknya insan tersebut sedang rasakan?.. Sudah tentu dia merasakan sesuatu yang sempit. dia juga merasakan bahawa kehidupannya gelap gelita. tetapi bayangkan jika seseorang insan daripada
bangkitnya dia daripada tidur lalu mendapati pasangannya tersenyum. dipagar pula pengawal itu tersenyum.di jalanan pula didapati manusia saling bersalam-salaman..sesama mereka dan saling berbalas senyuman. Begitu juga jika dia tiba di tempat kerjanya dengan senyuman. Sudah tentu ini akan menyebarkan keceriaan.
Antara perkara penting mungkin manusia terlupa tentangnya..senyuman bukanlah suatu adat, tetapi ia merupakan ibadah. Nabi SAW bersabda :" Senyuman pada wajah saudaramu merupakan sedekah."
Antara tempat yang Rasulullah SAW pernah tertawa..dan baginda sentiasa tersenyum pada kebanyakan waktunya, diriwayatkan pernah seorang sahabat, Abu Dardaa RA setiap kali beliau bangun untuk berkata-kata di khalayak manusia, beliau tersenyum. Sesetengah penonton berkata: "Wahai Abu Dardaa...manusia akan perbodohkan kamu.yakni manusia akan berkata orang ini bodoh kerana untuk apa tersenyum setiap masa?..ini kerana sesetengah manusia berpendapat sedemikian, seseorang insan jika
dia sentiasa tersenyum bererti ada..yang tak kena atau ada kekurangan pada maruah dan nilai dirinya.Begitulah bagaimana sesetengah manusia berfikir..bahawa senyuman mengurangkan nilai seseorang insan, manakala kekersan dan kemarahan menunjukkan ketinggian kedudukan dan maruah seseorang. Mereka berkata : "manusia akan mempermainkanmu wahai Abu Dardaa" kemudian beliau berkata:" sesungguhnya aku melihat Rasulullah SAW , dan baginda takkan berkata-kata melainkan dengan tersenyum." Hadis ini membawakan kepada kita dua manfaat yang sangat besar:-
- senyuman tak mengurangkan nilai insan..bahkan senyuman menambah nilai seseorang insan.
8 Cara Bentang Kertas Kerja Yang Berkesan
Untuk menjadi pekerja yang berdaya saing, pastikan anda memiliki kemahiran pembentangan kertas kerja. Jika betul caranya, ia bukan sahaja boleh dipertingkatkan prestasi kerja bahkan boleh jadi tiket untuk mengambil hati ketua. Jika masih ragu-ragu, apa kata kemahiran itu diasah dari sekarang.
1. Pembukaan Menarik Perhatian
Beberapa saat pertama adalah amat penting dalam pembentangan. Mulakannya dengan memperkenalkan diri dan terangkan serba sedikit mengenai idea yang akan dibentangkan. Pastikan kata kata pembukaan yang dibiat cukup kreatif sehingga menerbitkan rasa ingin tahu pada semua hadirin.
2. Yakin dan Penuh Karisma
Senyuman merupakan kunci kepada pembentangan kerana mampu memperlihatkan keyakinan dan karisma. Untuk memberikan keyakinan kepada syarikat, pastikan diri anda benar benar faham dan tahu apa yang di bentangkan. Lontarkan setiap patah ayat dengan penuh semangat dan nescaya audiens juga akan percaya.

3. Penampilan Bersesuaian
Adalah perlu untuk mengenakan pakaian yang sesuai ketika sesi pembentangan. Pakaian yang kemas akan menyerlahkan kredibiliti sesiapa sahaja.
4. Terang,Jelas dan Fasih
Anda tidak memerlukan suara yang merdu untuk menarik perhatian audiens. Apa yang penting adalah suara dan butir bicara yang jelas.
5. Rangka Informasi
Untuk membuat pembentangan anda haruslah memiliki pengentahuan luas akan topik yang dibincangkan.
6. Bijak Gunakan Peralatan
Sebelum pembentangan dilakukan pastikan dahulu jenis peralatan yang perlu digunakan.
7. Jaga Hubungan Mata Dan Bahasa Tubuh
Dengan penuh yakin, lihatlah mata setiap audiens secara rawak. Cara tersebut mampu memperlihatkan keyakinan anda ketika melakukan pembentangan.
8. Penutup Berkesan
Meskipun dengan sekadar ayat penutupan, ia tetap juga penting. Lontarkan dengan penuh semangat sepertimana anda mulakannya. Ulangi kembali isi penting pembentanagan agar audiens dapat menyegar kembali ingatan mereka akan pembentangan yang anda berikan.
Ketika ini rata-rata pasangan melangsungkan perkahwinan pada usia pertengahan 20-an. Selalunya bila usia mencecah 25 atau 26 tahun selepas tamat pengajian atau sudah memiliki kerjaya yang stabil.
Jarang muda-mudi yang berusia awal dari itu mahu melangsungkan perkahwinan. Kalau ada pun ramai ibu bapa yang akan membantah dan meminta mereka berfikir seribu kali sebelum bernikah. Malah tak kurang juga dikatakan ‘sudah gatal’ hendak berkahwin.
Tak bolehkah berkahwin pada usia muda jika keinginan dan persediaannya sudah mencukupi? Perlukah menunggu tiga atau empat tahun lagi sebelum melaksanakan hasrat itu? Sebenarnya individu yang masih muda juga boleh menggalas tanggungjawab sebagai suami mahupun isteri. Bagi pasangan muda yang berada dalam dilema ini, ikuti beberapa perkara mengenai perkahwinan di usia muda yang boleh anda jadikan panduan.
1. Berupaya Galas Tanggungjawab
Berkahwin di usia muda mencipta tanggungjawab yang lebih besar buat suami. Apa tidaknya, mereka perlu menyara anak orang dengan menyediakan tempat tinggal yang selesa serta makan pakai yang mencukupi.
Sebab itulah suami wajib mempunyai kerjaya atau pendapatan tetap bagi menyediakan semua yang diperlukan. Inilah perkara paling utama dan perlu diberi perhatian. Namun, sekiranya suami bekerja sendiri maka dia harus pastikan bahawa pendapatan hasil dari perniagaan yang dijalankan stabil untuk tempoh beberapa bulan. Barulah semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan.
2.Periksa Status Kewangan
Sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin, periksa dahulu status kewangan anda. Adakah mempunyai simpanan wang yang tetap untuk masa satu tempoh yang panjang atau sekadar cukup-cukup makan sahaja.
Berdasarkan kajian yang dijalankan, pasangan yang ingin berumah tangga perlu memiliki sekurang-kurangnya tiga bulan simpanan wang perbelanjaan harian dalam mana-mana akaun simpanan harian. Seandainya syarat tersebut dipenuhi maka tidak salah untuk kalian membina mahligai bahagia yang diidamkan selama ini.
3.Matang Membuat Keputusan
Salah satu elemen penting yang perlu ada dalam diri pasangan muda ialah berfikiran matang. Ingat, perkahwinan bukanlah mainan atau bahan uji kaji untuk mengukur sebuah kebahagiaan. Suami terutamanya perlu miliki sikap kepimpinan dan bijak membuat keputusan. Oleh itu mereka perlu berfikiran lebih matang dari usia sebenar agar bahtera yang dilayari tidak jauh terpesong dari arah yang sepatutnya.
Ini kerana, kehidupan rumah tangga mempunyai banyak cabaran dan dugaannya. Susah untuk di ramal apa yang akan berlaku di hari mendatang. Jadi sentiasalah berfikiran jauh sebelum memutuskan sesuatu perkara.
4. Dapatkan Restu Orang Tua
Kata orang, restu ibu bapa sangat penting untuk mencapai sebuah kebahagiaan. Tak kiralah hidup sendiri atau berkeluarga, redha mereka memberikan lebih tenaga dan semangat untuk mencipta sesuatu yang lebih bermakna. Tidak dinafikan, ada segelintir ibu bapa yang menentang keras apabila anaknya ingin berumah tangga tetapi bila keperluan kewangan, tanggungjawab dan bijak membuat keputusan ini dipenuhi nescaya mereka akan merelakan hubungan tersebut sepenuh hati.
5. Tolak Ansur Kunci Bahagia
Dalam rumah tangga, sikap saling memahami dan bertolak ansur adalah satu dari berpuluh rencah mencapai kebahagiaan. Hidup bersendiri tidak perlu memikirkan orang lain tetapi bila berdua sedarlah bahawa ada hati yang perlu dijaga. Kawal kemarahan dan janganlah cepat melatah bila ada silap dan salah.
6. Sentiasa Berfikiran Positif Pada Pasangan
Amalkan sentiasa berprasangka baik terhadap pasangan setelah mendirikan perkahwinan. Cemburu boleh tetapi kata orang biarlah berpada. Bukankah itu tandanya sayang. Jadi, apabila ada permasalahan atau curiga tentang sikapnya maka berbincanglah secara baik. Maklum sahajalah, risiko untuk cemburu buta itu tinggi kerana masing-masing masih muda, perjalanan pun jauh lagi. Sebaiknya, dapatkan nasihat dari individu yang lebih berpengalaman untuk tunjuk ajar yang lebih berkesan.
5 Fakta Tentang Otak Perempuan
Perempuan sering dikatakan sukar untuk difahami. Jadi..jom semak 5 hal tentang perempuan seperti yang terkandung dalam 'livescience'.
1. Perempuan menggemari cabaran diusia matangnya
- Semakin matang seseorang perempuan itu semakin dia menggemari cabaran dan risiko. Bagi mereka, hidup akan rasa sepi dan kosong andai ia terlalu mendatar sahaja. Selain itu perempuan diusia ini juga memiliki keinginan yang kuat untuk melakukan lebih banyak untuk dirinya.
2. Perempuan melaui dua kali " masa remaja"
- Perempuan mengalami dua kali perubahan fizikal dan hormon yang membawa perubahan kepada suasana hati dan ketidakselesaan secara fizikal. 'Masa remaja' yang kedua kalinya terjadi saat seseorang itu akan memasuki masa menopaus, yang mula terjadi sewaktu usia 43 tahun dan mencapai puncaknya sewaktu usia 47-48 tahun. Umumnya semasa primenoupause seseorang perempuan itu akan mudah berpeluh pada malam hari serta selalu terjadinya perubahan mood.
3. Otak perempuan dipengaruhi oleh kehamilan
- Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam American journal Of Neurology tahun 2002, otak perempuan akan 4 peratus merosot selama kehamilan hingga melahirkan. Namun situasi ini akan kembali normal setelah 6 bulan kelahiran.
4. Otak Perempuan berusaha menghindari agresif
- Anne Campbell dari University Durham melalui kajian yang dijalankan mengakui perempuan cenderung untuk menghindari sifat yang agresif kerana memiliki pemikiran jangka panjang. Namun itu bukanlah bererti perempuan tidak memiliki sifat agresif langsung, kerana perempuan boleh jadi agresif dalam cara yang berbeza dan lebih cenderung kepada perdebatan.
5. Otak Perempuan dipengaruhi semasa datang haid
- Perubahan hormon yang terjadi akibat menstruasi juga mempengaruhi otak dan tubuh seseorang perempuan itu, pemikiran, tenaga dan kepekaannya. Bagi kebanyakan perempuan, suasana hatinya akan mencapai titik terburuk saat 12 hingga 24 jam sebelum menstruasi.
Assalamualaikum!
Kepada semua pengunjung setia blog usratty. pihak kami memohon berbanyak kemaafan kerana telah lama tidak Update blog ini oleh kerana kesibukan masing-masing.Untuk makluman semua, Laman Blog ini telah mengalami banyak perubahan, dan banyak kehilangan Link2 blog rakan-rakan dahulu.Kami berharap kepada rakan-rakan yang masih mengunjungi Blog ini, dapat memaklumkan semula link Blog anda di ruangan LINK EXCHANGE, supaya boleh kami Add semula.Sekian Terima Kasih